Jumaat, 12 Julai 2013

Tips Tambah Darah Semasa Mengandung

Mudah letih? Mudah pitam semasa mengandung? Hati-hati kerana anda berkemungkinan termasuk dalam kategori mereka yang kurang darah (samada semasa mengandung atau tidak). 



Apakah Anemia (aka kurang darah?)

Ia merupakan keadaan dimana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seseorang yang menghidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang daripada 9gm peratus hemoglobin. Hemoglobin adalah mengangkut oksigen dan zat makanan di seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu badan menjadi hipoksia dan kurang tenaga.

Apakah punca anemia?

1. Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
2. Kurang pengambilan asid folik dan vitamin C
3. Ibu yang kerap bersalin
4. Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dll.
5. Lain-lain penyakit seperti penyakit barah, dll

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih2 lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid. Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Tanda-tanda kekurangan zat besi:

1. Badan letih dan lesu
2. Kulit kelihatan pucat
3. Sering hilang fokus
4. Semput
5 Sakit kepala dan pening
6/ Jantung berdebar dengan cepat
7. Sering lupa
8. Tersangat kurus
9. Loya

Kepada ibu: berisiko keguguran, bersalin awal, kematian janin dalam kandungan, tumpah darah semasa dan selepas bersalin.

Kepada janin: kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg), lahir tidak cukup bulan, lemas semasa lahir, pertumbuhan bayi terbantut.

Tahap Anemia

<6 .9="" sangat="" span="" teruk="">
6.9 - 8.0 Teruk
8.0 - 9.5 Sederhana
9.5 - 10.5 Ringan

Tips Meningkatkan HB semasa hamil

1. Pengambilan 2 biji Shaklee Vita-Lea iron formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

2. Pengambilan zat besi bersama Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum

3. Elakkan ambil zat besi bersama kalsium / susu. Ini kerana kalsium mengganggu penyerapan zat besi yang maksimum.

4. Pengambilan asid folik akan membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam badan.

Set kehamilan kami yang lengkap untuk keperluan anda:



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat? 

Hubungi saya di 0136356659

Tiada ulasan:

Catat Ulasan